Thursday, August 13, 2009

Majlis Penyampaian Bantuan Parlimen Pasir Gudang Fasa ke 2









Majlis penyampaian sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan dalam Parlimen Pasir Gudang bagi fasa kedua tahun 2009 telah diadakan pada 19hb Jun 2009 di Dewanraya Balau, Taman Rinting dan pada 20hb Jun 2009 di Sek. Jenis Kebangsaan Cina Johor Jaya. Majlis ini diadakan secara kecil-kecilan kerana kaedah pembahagian diubah kepada pendekatan mesra rakyat di mana, tanggungjawab sepenuhnya diberikan kepada ketua-ketua cawangan untuk mengenalpasti ahli cawangan yang miskin dan mengambil barang-barang sumbangan mereka sendiri. Kerjasama yang komited diberikan semua pihak, terutamanya MIC dan MCA menjayakan lagi majlis ini. Terima kasih semua.

PENGENALAN


Biro Kebajikan UMNO Bahagian Pasir Gudang

Alhamdullillah syukur ke hadrat illahi atas limpah dan kurnia-Nya, dapat lah kita bersama-sama berkongsi maklumat, idea, seiring dengan dunia it yang semakin canggih. Perkongsian maklumat ini diharap dapat membantu menerangkan matlamat dan konsep serta aktiviti-aktiviti yang melibatkan Biro Kebajikan UMNO Bahagian Pasir Gudang. Membantu golongan kurang berkemampuan di dalam Parlimen Pasir Gudang menjadi keutamaan dan matlamat utama kami. Mengesan dan mengenalpasti golongan seperti Orang Kurang Upaya (OKU), Fakir Miskin (FM), Ibu Tunggal (IT), Anak Yatim (AY) dan Pesakit Kronik adalah menjadi tanggungjawab Ketua Cawangan kerana mereka lebih rapat dan kenal masyarakat setempat. Sungguhpun begitu terdapat beberapa aduan daripada individu dan kami tetap mengambil maklumat untuk diambil tindakan. Oleh yang demikian marilah kita turut sama membantu golongan sebegini agar mereka mendapat tempat dan hak yang selayaknya sama seperti insan-insan lain. Hulurkan tangan, ringankan beban.